Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
  Bahagian Pendakwaan
  • Unit-unit
  • Carta Organisasi
  • Senarai Ketua Bahagian Pendakwaan
  • Kes-kes Mahkamah
  • Senarai Kertas Siasatan Kes
  • Program Latihan
  • Laporan Tahunan
       
      Jabatan Dan Agensi di Bahagian Pendakwaan
  • Jabatan Perikanan Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Badan Pencegah Rasuah
  • Kastam DiRaja Malaysia
  • Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Pendakwaan
    PIAGAM PELANGGAN


    "Bahagian ini bertekad untuk mengendalikan pendakwaan kes-kes jenayah dengan adil dan saksama serta memberi khidmat nasihat perundangan yang berkualiti menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira kepentingan awam dan negara"

    Ketua Bahagian :  Y.Bhg. Dato' Mohd Yusof bin Hj. Zainal Abiden
     
     

    Dasar Bahagian Pendakwaan

    “Menegakkan Perlembagaan dan undang-undang dengan mendakwa kes-kes jenayah dengan adil, saksama dan telus di samping memberi khidmat nasihat perundangan yang bernas dan tepat kepada agensi-agensi penguatkuasaan”
     

    Objektif-objektif

    Memberi nasihat dan arahan kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang dan mengendalikan pendakwaan dan prosiding jenayah di Mahkamah bagi menentukan penjenayah dihukum di sisi undang-undang untuk menjaga kepentingan awam dan negara.
     

    Peranan

    • Menyelia dan mengkoordinasikan semua tugas pendakwaan di seluruh Negara.
    • Mengeluarkan izin dan rekuisisi bagi kes-kes dadah berbahaya serta izin bagi kes-kes bunuh, kes-kes pemilikan senjata api dan kes-kes penculikan.
     

    Prinsip

    Pendakwa Raya berpegang teguh kepada prinsip berikut dalam menjalankan tanggungjawabnya: 

    "Tidak pernah menjadi kelaziman bahawa kesalahan jenayah yang disyaki mestilah secara automatik menjadi hal perkara bagi pendakwaan. Pendakwa Raya mendakwa apabila ternyata bahawa kesalahan atau hal keadaan pelakuannya adalah daripada sifat yang suatu pendakwaan berkenaan dengannya dikehendaki demi kepentingan awam. Hal ini masih merupakan pertimbangan dominan. Walau bagaimanapun, Pendakwa Raya mestilah ingat pada setiap masa bahawa sesuatu keputusan yang salah dengan mana-mana cara boleh membawa akibat yang buruk yang menjejaskan bukan sahaja orang yang disyaki itu, tetapi dalam hal keadaan yang tertentu terhadap masyarakat keseluruhannya. Selanjutnya, jika seseorang yang bersalah itu tidak didakwa, pesalah itu mungkin terus menyebabkan lebih banyak keburukan di luar jangkaan; sebaliknya, jika seseorang yang tidak bersalah didakwa, orang itu dan keluarganya mungkin terjejas dengan teruknya walaupun kesalahan itu secara perbandingannya adalah kecil dan orang itu akhirnya dibebaskan."

     

    Fungsi-fungsi

    • Menjalankan kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya menurut seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.
    • Mengendalikan pendakwaan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
    • Mengendalikan perbicaraan, rayuan, permohonan dan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi.
    • Mengendalikan rayuan jenayah dan permohonan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
    • Memberikan arahan dan nasihat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan penyiasatan dan pendakwaan jenayah.
    • Mengkaji kertas siasatan bagi memutuskan sama ada sesuatu pertuduhan perlu dilakukan atau sebaliknya.
     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.