|
|
|
 |
|
UNIT-UNIT |
|
|
|
|
Unit Jenayah Perdagangan |
Unit Rayuan |
OBJEKTIF
Objektif Unit ini ialah memberi nasihat dan arahan kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang, mengendalikan pendakwaan dan prosiding berkaitan dengan kes-kes jenayah perdagangan seperti pecah amanah jenayah, penipuan, menggunakan/memiliki dokumen palsu, jenayah yang berkait dengan harta intelek, jenayah siber dan sebagainya bagi tujuan menjaga kepentingan awam dan negara.
FUNGSI
- Mengendalikan kes-kes yang dikategorikan dalam jenayah perdagangan
- Mengkaji dan memberi arahan bagi Kertas Siasatan berkaitan dengan jenayah perdagangan dan pendakwaan yang dirujuk
- Memberi khidmat nasihat dan arahan bagi Jabatan-jabatan Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang menyiasat kes-kes jenayah perdagangan seperti Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Unit Pendakwaan Negeri-negeri seluruh negara yang mana proses pendakwaan kemudiannya dijalankan oleh agensi-agensi terbabit.
|
OBJEKTIF
Mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan mengemukakan rayuan bagi kes-kes yang sesuai dan patut supaya satu keputusan dibuat secara adil dan saksama selaras dengan kehendak undang-undang dan fakta-fakta yang telah dikemukakan.
FUNGSI
- Mengendalikan perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan
- Meneliti dan mengkaji semua keputusan kes jenayah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan
- Memaklumkan keputusan kes-kes yang penting dan terbaru kepada semua Timbalan Pendakwa Raya
|
|
|
Unit Penyelidikan, Jenayah Antarabangsa dan Penyeliaan |
Unit Kes Terkelas |
OBJEKTIF
Objektif Unit ini adalah mengendalikan penyelidikan tentang isu-isu keadilan jenayah domestik dan antarabangsa, proses pengampunan, latihan dan penyeliaan statistik pendakwaan dari seluruh negara.
FUNGSI
- Menjalankan penyelidikan tentang isu-isu khusus berkaitan dengan undang-undang keterangan dan tatacara jenayah domestik
- Menjalankan penyelidikan tentang isu-isu khusus berkaitan dengan undang-undang jenayah antarabangsa yang melibatkan penyediaan pendapat berkenaan bantuan bersama dalam perkara-perkara jenayah antarabangsa dan ekstradisi
- Menyediakan Pendapat Peguam Negara bagi kes-kes pengampunan untuk persidangan Jemaah Pengampunan di seluruh negara
- Menyediakan jawapan kepada Jawab Lisan soalan Ahli-Ahli Parlimen dan Laporan Maklum Balas Keputusan Jemaah Menteri
- Mengendalikan program sesi ceramah dan latih amal dalaman
- Menyelia data statistik Bahagian dan negeri-negeri serta kes-kes kepentingan awam
|
OBJEKTIF
Unit ini mengendalikan pendakwaan kes-kes jenayah yang mendapat perhatian umum serta melibatkan kepentingan awam dan negara.
FUNGSI
- Mengendalikan kes-kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret yang melibatkan kepentingan awam dan negara serta mendapat perhatian umum
- Mengkaji kertas siasatan yang mempunyai ciri-ciri kepentingan awam bagi tujuan arahan penyiasatan dan pendakwaan
- Mengendalikan apa-apa jua perkara melibatkan penahanan pencegahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
|
|
|
|
|
Unit Narkotik |
Unit Jenayah Seksual & Jenayah Am |
OBJEKTIF
Objektif Unit ini ialah untuk menyelia dan mengendalikan kertas siasatan sebelum pendakwaan jenayah yang membabitkan kes-kes dadah khususnya pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
FUNGSI
- Meneliti kertas-kertas siasatan berkaitan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengeluarkan Izin dan Rekuisisi supaya kes dipindah ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan
- Mengendalikan perbicaraan kes di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
- Memberikan arahan dan nasihat perundangan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang menyiasat kes-kes di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
|
OBJEKTIF
Memastikan semua pendapat undang-undang dan arahan berkaitan kes Jenayah Seksual dan Jenayah Am adalah menepati kehendak undang-undang.
FUNGSI
- Meneliti,mengkaji kertas siasatan yang berkait dengan kes-kes jenayah seksual dan jenayah am dan memberi arahan berkaitan penyiasatan serta pendakwaan
- Menjalankan pendakwaan kes-kes jenayah seksual dan jenayah am di mahkamah dari semasa ke semasa
|
|
|
Unit Perlucuthakan Harta |
Unit Pendakwaan Negeri |
OBJEKTIF
Objektif unit ini ialah untuk memastikan pengendalian siasatan dan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (Akta 340) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613) dilaksanakan dengan adil dan saksama.
FUNGSI
- Mengkaji kertas siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (ADB (PH)) di mana nilai harta yang melebihi RM50,000.00 dari seluruh negara dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (APWH) dan memberi arahan berkait penyiasatan dan pendakwaan
- Mengendalikan perbicaraan dan permohonan bagi kes-kes di bawah APWH dan ADB (PH)
- Mengawal selia kes-kes Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) yang dikendalikan oleh negeri-negeri
|
OBJEKTIF
Objektif unit pendakwaan negeri ialah untuk mengendalikan pendakwaan kes-kes jenayah di negeri masing-masing.
FUNGSI
- Menjalankan pendakwaan kes-kes jenayah di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi
- Meneliti dan mengkaji kertas siasatan bagi tujuan arahan berkaitan penyiasatan dan pendakwaan
- Memberi nasihat mengenai pendakwaan kes-kes kepada pegawai pendakwa
- Menyediakan draf Pendapat Peguam Negara bagi Jemaah Pengampunan Negeri-Negeri (kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
|
|
|
|
|
| |
|
|