Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
   
  Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
  • Unit-unit
  • Carta Organisasi
  • Senarai Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
  • Aktiviti
  • Laporan Tahunan
  • Direktori
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
    PIAGAM PELANGGAN

    “Kami komited dalam melindungi dan memajukan kepentingan dan hak Malaysia di fora antarabangsa, dalam memberikan nasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia menurut prinsip dan undang-undang antarabangsa dan dalam memastikan bahawa obligasi antarabangsa Malaysia diakujanjikan dan dilaksanakan menurut undang-undang dan dasar-dasar negara.”

    Ketua Bahagian : Datuk Azailiza bt Mohd Ahad
     
    Bahagian ini dahulunya sebahagian daripada Bahagian Penasihat dan Antarabangsa. Berikutan penyusunan semula Jabatan ini, maka pada 1 Jun 2003, Bahagian Penasihat & Antarabangsa telah berpecah dua menjadi Bahagian Penasihat dan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
     

    Visi

    Untuk mengambil tempatnya sebagai pakar dalam hal undang-undang antarabangsa di peringkat domestik, serantau dan dunia.

     

    Misi

    Untuk memajukan dan menyumbang ke arah pemajuan prinsip undang-undang antarabangsa yang adil dan boleh diterima dari segi undang-undang untuk manfaat manusia sejagat dan yang boleh wujud bersama secara harmoni dengan undang-undang dan dasar domestik.

     

    Dasar

    Untuk mempertingkatkan kebolehterimaan dan kebolehpakaian undang-undang antarabangsa dalam rangka perundangan dan pentadbiran domestik.

     

    Objektif-objektif

    • Untuk melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
    • Untuk memberikan nasihat undang-undang dan pandangan kepada Kerajaan Malaysia menurut prinsip dan undang-undang antarabangsa dengan mengambil kira domestik undang-undang, dasar-dasar negara dan kepentingan awam.
    • Untuk memastikan obligasi antarabangsa Malaysia di bawah mana-mana perjanjian, triti dan konvensyen yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh Kerajaan Malaysia dilaksanakan menurut peruntukan-peruntukan perlembagaan dan undang-undang, peraturan-peraturan dan dasar-dasar negara.
     

    Fungsi-fungsi Teras

    • Memberi nasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia dan agensi-agensinya mengenai segala aspek yang berhubungan dengan undang-undang antarabangsa dan obligasi antarabangsa Malaysia yang sedia ada.
    • Mewakili Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia di fora antarabangsa dengan tujuan untuk melindungi kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.
    • Melaksanakan penyelarasan undang-undang domestik Malaysia berdasarkan obligasi sedia ada Malaysia di bawah undang-undang antarabangsa.
    • Memberi nasihat undang-undang kepada Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan pelbagai surat cara antarabangsa yang Malaysia adalah pihak.
    • Membantu dalam penggubalan undang-undang yang berkaitan bagi pelbagai surat cara undang-undang yang berkenaan dengan obligasi Malaysia di bawah triti-triti antarabangsa.
    • Menjalankan penyelidikan yang berkaitan tentang perkara-perkara yang berkenaan dengan undang-undang antarabangsa.
     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.