|
|
|
 |
|
Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian |
-
Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian mengendalikan isu undang-undang antarabangsa yang berkaitan dengan
perkara pertikaian sempadan maritim dan wilayah yang sedang berada atau akan dibawa ke tribunal
antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Timbangtara di bawah Annex VII Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (Timbangtara Annex VII), Tribunal
Antarabangsa mengenai Undang-Undang Laut (ITLOS) dan Permanent Court of Arbitration (PCA). Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian juga mengendalikan perkara-perkara yang dikemukakan untuk penyelesaian di Pusat
Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).
|
- Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian mengendalikan dan bertanggungjawab dalam :
|
- Menyediakan pandangan perundangan yang berkaitan dengan perkara pertikaian sempadan maritim dan wilayah;
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan perundangan, sejarah dan kaji purba ( archival research ) di dalam dan di luar
negara berkaitan dengan semua aspek perkara pertikaian sempadan maritim dan wilayah bagi maksud persediaan dan pengukuhan
kes bagi pihak Kerajaan Malaysia;
- Mewakili Jabatan Peguam Negara di mesyuarat-mesyuarat inter-agensi bagi maksud menyediakan posisi Malaysia dalam
menangani perkara pertikaian sempadan maritim dan wilayah ;
- Mewakili Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia di mesyuarat antarabangsa dengan negara luar bagi maksud
penyelesaian pertikaian secara diplomatik sebelum tindakan selanjutnya dibuat bagi maksud penyelesaian pertikaian
di hadapan tribunal antarabangsa;
- Membuat kerja-kerja persediaan perundangan bagi perbicaraan di hadapan tribunal antarabangsa;
- Mewakili Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia semasa perbicaraan di hadapan tribunal antarabangsa seperti ICJ,
Timbangtara Annex VII, ITLOS, PCA dan ICSID berhubung isu-isu yang melibatkan pertikaian di antara Malaysia dengan negara
luar. Unit Projek Khas dan Penyelidikan adalah terlibat sepenuhnya di dalam dua pertikaian yang baru diputuskan oleh tribunal antarabangsa iaitu pertikaian berhubung Land Reclamation by Singapore in and around the Straits of Johor di antara Malaysia dan Singapura di hadapan ITLOS dan Timbangtara Annex VII serta permintaan Advisory Opinion ke atas Legal Consequences of the Construction of a Wall by Israel in the Occupied Palestinian Territory di hadapan ICJ;
- Bekerjasama dengan tenaga pakar domestik dan antarabangsa yang mahir di dalam bidang masing-masing untuk membantu
Jabatan Peguam Negara menyediakan pandangan perundangan yang berkesan, menyeluruh dan mendalam berhubung perkara pertikaian
sempadan maritim dan wilayah; dan
- Menyediakan pandangan perundangan berhubung lain-lain pertikaian antarabangsa seperti pertikaian antarabangsa sivil
yang melibatkan Malaysia dan negara/individu rakyat asing .
|
|
|
|
|