Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
 
  Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
  • Unit Maritim, Perkara Wilayah dan Penerbangan Awam
  • Seksyen Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa
  • Seksyen Perkara Jenayah Antarabangsa
  • Seksyen Perdagangan Dua Hala, ASEAN dan Kewangan Antrabangsa
  • Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian
  • Unit Perkara Alam Sekitar, Angkasa Lepas dan Undang-Undang Persendirian Antarabangsa
  • Unit Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah
  • Unit Ekstradisi
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Unit Maritim, Perkara Wilayah
    dan Penerbangan Awam
    Bidangkuasa
      • Isu Maritim dan Persempadanan Maritim.
      • Isu Tuntutan Bertindih di Laut Cina Selatan.
      • United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).
      • Perkapalan.
      • Penguatkuasaan Maritim
      • Perkara berkaitan Penerbangan Awam.
      • Kajian dan Perundingan mengenai Pertelingkahan Sempadan Tanah dan Wilayah sebelum diputuskan untuk dibawa ke Tribunal Antarabangsa/ Mekanisma Penyelesaian Pertikaian.
     
    • Unit Maritim, Perkara Wilayah dan Penerbangan Awam mengendalikan semua isu undang-undang antarabangsa yang berkaitan dengan undang-undang laut dan persempadanan maritim, pembahagian sempadan tanah antarabangsa, isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS), perkapalan, lanun dan pengawal pantai.
    • Unit Maritim, Perkara Wilayah dan Penerbangan Awam terlibat dan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:
      • Menyediakan pandangan perundangan berhubung:
        • Pelaksanaan peruntukan-peruntukan UNCLOS;
        • Pelanunan di bawah Perjanjian Serantau Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata di laut Asia Pasifik (RECAAP);
        • Perkara-perkara di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO);
        • Perkara-perkara berkaitan dengan perkapalan saudagar di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952;
        • Perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam di bawah Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO);
        • Perkara-perkara berkaitan dengan penguatkuasaan maritim di bawah Akta Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004;
        • Perkara-perkara berkaitan penyertaan Malaysia di dalam program Sulu Sulawesi Marine Ecoregion (SSME);
        • Perkara-perkara berkaitan dengan penandaan dan pengukuran bersama sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia;
        • Perkara-perkara berkaitan dengan penandaan dan pengukuran bersama sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand; dan
        • Perkara-perkara berkaitan UNESCO’s Convention on Underwater Cultural Heritage.
      • Menyediakan pandangan perundangan mengenai isu persempadanan dan wilayah yang masih di peringkat perbincangan sebelum dibawa ke tribunal antarabangsa atau mekanisma penyelesaian pertikaian seperti isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
      • Mewakili Jabatan Peguam Negara dan menasihatkan Kerajaan Malaysia di mesyuarat inter-agensi berhubung perkara-perkara yang dinyatakan di atas;
      • Mewakili Jabatan Peguam Negara dan menasihatkan Kerajaan Malaysia di mesyuarat persiapan dan rundingan antarabangsa mengenai isu persempadanan dan wilayah yang masih di peringkat perbincangan sebelum dibawa ke tribunal antarabangsa atau mekanisma penyelesaian pertikaian;
      • Mewakili Jabatan Peguam Negara untuk melindungi kepentingan Malaysia dan menasihati mengenai tanggungjawab Malaysia di mesyuarat antarabangsa seperti Meeting of State Parties of UNCLOS, Meeting of State Parties of ICAO dan Mesyuarat IMO.

      • Melaksanakan penyelarasan undang-undang domestik bagi mematuhi obligasi Malaysia di bawah UNCLOS dengan meneliti undang-undang sedia ada dan menggubal undang-undang baru seperti:
        • Rang Undang-Undang Garis Pangkal Zon Maritim 2001;
        • Akta Perkapalan Saudagar 2001;
        • Rang Undang-undang Zon Ekonomi Ekslusif (Pindaan) 2001;
        • Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2004;
        • Akta Kualiti Alam Sekitar 1974; dan
        • Akta Perikanan 1985.
     
     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.