Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
 
  Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
  • Unit Maritim, Perkara Wilayah dan Penerbangan Awam
  • Seksyen Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa
  • Seksyen Perkara Jenayah Antarabangsa
  • Seksyen Perdagangan Dua Hala, ASEAN dan Kewangan Antrabangsa
  • Unit Perdagangan Pelbagai Hala, Timbangtara Antarabangsa dan Pertikaian
  • Unit Perkara Alam Sekitar, Angkasa Lepas dan Undang-Undang Persendirian Antarabangsa
  • Unit Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah
  • Unit Ekstradisi
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Unit Perkara Alam Sekitar, Angkasa Lepas dan Undang-Undang Persendirian Antarabangsa
    Unit Perkara Alam Sekitar, Angkasa Lepas dan
    Undang-Undang Persendirian Antarabangsa
    Perkara
    • Unit Antarabangsa 6 (Perkara Alam Sekitar, Angkasa Lepas dan Undang-Undang Persendirian Antarabangsa) mengendalikan semua isu undang-undang antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal alam sekitar, angkasa lepas, undang-undang persendirian antarabangsa dan lain-lain perkara yang tidak termasuk di bawah skop tugas unit-unit antarabangsa yang lain.

    • Unit Antarabangsa 6 bertanggungjawab dan terlibat dalam:
      • Undang-undang dan triti antarabangsa berkaitan hal ehwal alam sekitar;
      • Undang-undang dan triti berkaitan hal ehwal angkasa lepas;
      • Undang-undang dan triti berkaitan dengan International Institute for the Unification of Private Law (UNIDROIT);
      • Undang-undang dan triti berkenaan undang-undang persendirian antarabangsa berkaitan hal ehwal kekeluargaan, sivil dan komersial, sebagai contoh Hague Conference on Private International Law (HCPIL) termasuk pengambilan keterangan saksi-saksi serta pengesahan dokumen-dokumen am negara-negara asing;
      • Draf Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan negara lain dan perkara-perkara lain;
      • Mengkaji triti antarabangsa yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas, dan membuat syor mengenai penyertaan Malaysia;
      • Mengkaji maklumbalas, pandangan, ulasan, nasihat dan cadangan berhubungan dengan isu antarabangsa yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas;
      • Menggubal undang-undang yang berkaitan untuk melaksanakan obligasi Malaysia di bawah triti antarabangsa;
      • Menyemak dan meminda undang-undang negara bagi menepati obligasi negara di peringkat antarabangsa;
      • Menghadiri seminar, bengkel, mesyuarat, perbincangan dan rundingan di peringkat antarabangsa, serantau atau dengan negara asing atau organisasi antarabangsa, khususnya rundingan mengenai cadangan untuk mengadakan triti dan suratcara antarabangsa;
      • Menyemak atau menggubal deklarasi, perjanjian dan memorandum antarabangsa dua hala dan pelbagai hala mengenai perkara yang di atas;
      • Memberi ceramah mengenai undang-undang angkasa lepas, hal ehwal alam sekitar, undang-undang persendirian antarabangsa dan perkara-perkara perundangan antarabangsa lain;
      • Merundingkan perjanjian-perjanjian pelbagai hala berkaitan dengan undang-undang angkasa lepas, hal ehwal alam sekitar undang-undang persendirian antarabangsa dan perkara-perkara perundangan antarabangsa lain; dan
      • Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri, ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri dan Laporan Maklum Balas kepada Jemaah Menteri mengenai perjanjian-perjanjian, triti-triti dan Memorandum Persefahaman antarabangsa dua hala dan pelbagai hala serta hal perkara alam sekitar, angkasa lepas, konvensyen-konvensyen HCPIL dan perkara-perkara perundangan antarabangsa lain.

     

     

     

     

     

     

     
     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.