Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
   
  Bahagian Gubalan
  • Carta Organisasi
  • Direktori
  • Senarai Penggubal Undang-Undang Parlimen
  • Bidang Tugas Unit-Unit
  • Latihan dan Kursus
  • Persidangan dan Mesyuarat Bahagian
  • Aktiviti
  • Penyertaan Pegawai Bahagian Gubalan di Arena Antarabangsa
  • Pencapaian
  • Parlimen
  • Senarai Akta Yang Telah Diluluskan Oleh Parlimen 2007
  • Senarai Rang Undang-Undang Yang Dibentangkan di Parlimen 2008
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Gubalan
    Panduan Bertugas di Parlimen
     
      I.      TUGAS - TUGAS
    (1)

    Pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah hadir di Dewan sepanjang masa perbahasan Rang Undang-Undang itu dan hendaklah menyediakan draf jawapan untuk pertimbangan oleh Menteri yang berkenaan mengenai apa-apa perkara undang-undang yang dibangkitkan dalam masa perbahasan Rang Undang-Undang itu.

    (2)

    Pegawai Bertugas hendaklah menyediakan laporan mengenai semua perkara undang-undang dan perkara yang menyentuh Jabatan Peguam Negara yang dibangkitkan dalam Dewan pada hari mereka bertugas. Sekiranya perkara undang-undang itu berada dalam tanggungjawab kementerian/jabatan lain, tindakan hendaklah diambil untuk menarik perhatian Kementerian yang berkenaan mengenai perkara itu.

    (3)

    Pegawai Bertugas dikehendaki berhubung denganpegawai dari Kementerian lain mengenai perkara undang-undang yang dibangkitkan pada bila-bila masa dalam Dewan dan membantu pegawai itu menyediakan jawapan yang sesuai. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan pada hari pegawai itu bertugas, pegawai itu hendaklah menguruskan perkara itu pada pagi esoknya dengan menghubungi pegawai dari Kementerian yang berkenaan.

    (4)

    Pegawai Bertugas hendaklah mengambil Borang Laporan Persidangan Parlimen sehari sebelum bertugas daripada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen. Borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan Penyata Rasmi Parlimen yang boleh diperoleh dari Bahagian Urus Setia Dewan Parlimen. Sekiranya Penyata Rasmi Parlimen masih belum dicetak, Pegawai bertugas hari berikutnya, hendaklah mengambil Penyata Rasmi Parlimen sebelum itu dan menyerahkannya kepada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen keesokannya.

    (5)

    Borang Laporan Persidangan Parlimen hendaklah disediakan sebanyak tiga salinan yang mengandungi jawapan yang sesuai dan hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua Pegawai Bertugas hari itu.

    (6)

    Laporan yang telah lengkap dan ditandatangani hendaklah diserahkan kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen sebelum jam 10.00 pagi keesokannya.

    (7)

    Pada hari mereka bertugas, Pegawai Bertugas hendaklah memastikan bahawa mereka memiliki -

    1. Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara; dan
    2. Jawapan kepada pertanyaan mulut yang ditunjukkan kepada YAB Perdana Menteri sekiranya jawapan berkenaan adalah mengenai undang-undang.
    (8)

    Pegawai yang Rang Undang-Undangnya masih dibahaskan di Parlimen hendaklah memastikan bahawa mereka membawa bersama mereka Rang Undang-Undang yang sedang dibahaskan.

    (9)

    Pegawai Bertugas hendaklah memastikan bahawa Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri berada dalam Dewan untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang ditujukan kepada YAB Perdana Menteri yang telah disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

    Peringatan:

    (*) Dalam keadaan biasa, Rang Undang-Undang, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat  Dewan Rakyat dan Dewan Negara,    soalan    dan     jawapan     kepada    soalan – soalaN diedarkan kepada pegawai yang ditempatkan di Ibu Pejabat manakala pegawai yang tidak ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara, boleh mendapatkannya dari Bahagian Gubalan.

    (**) Pegawai Bertugas hendaklah menghubungi dan memperkenalkan diri kepada Pegawai Undang-Undang Parlimen sebelum atau pada hari bertugas dan menentukan tempat duduk di  Parlimen supaya senang untuk berurusan.

     
      II.      PERTUKARAN HARI BERTUGAS
    (1)

    Mana-mana pegawai yang telah ditetapkan supaya bertugas pada hari yang tertentu tetapi tidak dapat berbuat demikian, boleh bertukar hari bertugas hanya atas sesuatu sebab yang munasabah dan pertukaran itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh berkenaan. Surat pemberitahuan pertukaran hari bertugas hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua pegawai yang terlibat.

    (2)

    Pegawai Bertugas dari Bahagian Gubalan yang hendak bertukar hari bertugas dengan pegawai dari Bahagian Gubalan juga, hendaklah memaklumkan kepada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen dan Puan Noorazlina binti Mohd Nasir, Pembantu Undang-Undang (Parlimen).

    (3)

    Borang pertukaran tarikh bertugas di Parlimen boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Peguam Negara, Bahagian Gubalan di www.agc.gov.my.

     
      III.      PAS
    (1)

    Semasa menghadiri persidangan Parlimen, Pegawai    Bertugas    dikehendaki membawa pas jabatan masing- masing dan  menyerahkannya kepada pengawal.

    (2)

    Pegawai dari kementerian/jabatan yang tidak mempunyai pas jabatan boleh memohon surat kebenaran menghadiri persidangan Parlimen daripada Puan Noorazlina binti Mohd Nasir, Pembantu Undang-Undang (Parlimen).

     
     IV.     PAKAIAN
    (1)

    Kod pakaian yang berikut hendaklah dipatuhi:

    Pegawai lelaki:

    • “lounge suit”.
    Pegawai wanita:
    • pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Jika pakaian merupakan skirt, labuhnya hendaklah melampaui lutut.

    Peringatan:

    Jika kod pakaian ini tidak dipatuhi tuan/puan mungkin tidak dibenarkan masuk ke Dewan.

     
      V.    RUJUKAN
     

    Sekiranya timbul apa-apa kesulitan semasa bertugas, Pegawai Bertugas boleh menghubungi:

    (1)

    Ketua Unit I
    Encik Bhupindar Singh a/l Gurcharan Singh Preet
    03-88855093 (terus)
    03-88855117 (P.A.)
    012-3077113 (H/P)

     

    (2)

    Ketua Unit II
    Puan Sarojini a/p Kandasamy
    03-88855251 (terus)
    03-88855115 (P.A.)
    012-3708057 (H/P)

     

    (3)

    Ketua Unit III
    Puan Rozita binti Ramli
    03-88855086 (terus)
    03-88855116 (P.A.)

     

    (4)

    Ketua Unit IV
    Encik Shamsulbahri bin Haji Ibrahim
    03-88855227 (terus)
    03-88855015 (P.A.)
    019-2823235 (H/P)

    (5)

    Ketua Unit V
    Puan Ruzaina binti Wan Haniff
    03-88855082 (terus)
    03-88885118 (P.A.)

    (6) Ketua Unit VI
    Encik Mohd Azhar bin Mohd Yusoff
    03-88855087 (terus)
    03-88885045 (P.A.)
     

    Nota :

    Buku “Panduan Bertugas Di Parlimen” boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Peguam Negara, Bahagian Gubalan di www.agc.gov.my.

         
     
    Senarai Borang

     

     

     

    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.