|
|
|
 |
|
Panduan Bertugas di Parlimen |
| |
| (1) |
Pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah hadir di Dewan sepanjang masa perbahasan Rang Undang-Undang itu dan hendaklah menyediakan draf jawapan untuk pertimbangan oleh Menteri yang berkenaan mengenai apa-apa perkara undang-undang yang dibangkitkan dalam masa perbahasan Rang Undang-Undang itu. |
| (2) |
Pegawai Bertugas hendaklah menyediakan laporan mengenai semua perkara undang-undang dan perkara yang menyentuh Jabatan Peguam Negara yang dibangkitkan dalam Dewan pada hari mereka bertugas. Sekiranya perkara undang-undang itu berada dalam tanggungjawab kementerian/jabatan lain, tindakan hendaklah diambil untuk menarik perhatian Kementerian yang berkenaan mengenai perkara itu. |
| (3) |
Pegawai Bertugas dikehendaki berhubung denganpegawai dari Kementerian lain mengenai perkara undang-undang yang dibangkitkan pada bila-bila masa dalam Dewan dan membantu pegawai itu menyediakan jawapan yang sesuai. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan pada hari pegawai itu bertugas, pegawai itu hendaklah menguruskan perkara itu pada pagi esoknya dengan menghubungi pegawai dari Kementerian yang berkenaan. |
| (4) |
Pegawai Bertugas hendaklah mengambil Borang Laporan Persidangan Parlimen sehari sebelum bertugas daripada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen. Borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan Penyata Rasmi Parlimen yang boleh diperoleh dari Bahagian Urus Setia Dewan Parlimen. Sekiranya Penyata Rasmi Parlimen masih belum dicetak, Pegawai bertugas hari berikutnya, hendaklah mengambil Penyata Rasmi Parlimen sebelum itu dan menyerahkannya kepada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen keesokannya. |
| (5) |
Borang Laporan Persidangan Parlimen hendaklah disediakan sebanyak tiga salinan yang mengandungi jawapan yang sesuai dan hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua Pegawai Bertugas hari itu. |
| (6) |
Laporan yang telah lengkap dan ditandatangani hendaklah diserahkan kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen sebelum jam 10.00 pagi keesokannya. |
| (7) |
Pada hari mereka bertugas, Pegawai Bertugas hendaklah memastikan bahawa mereka memiliki -
- Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara; dan
- Jawapan kepada pertanyaan mulut yang ditunjukkan kepada YAB Perdana Menteri sekiranya jawapan berkenaan adalah mengenai undang-undang.
|
| (8) |
Pegawai yang Rang Undang-Undangnya masih dibahaskan di Parlimen hendaklah memastikan bahawa mereka membawa bersama mereka Rang Undang-Undang yang sedang dibahaskan. |
| (9) |
Pegawai Bertugas hendaklah memastikan bahawa Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri berada dalam Dewan untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang ditujukan kepada YAB Perdana Menteri yang telah disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
Peringatan:
(*) Dalam keadaan biasa, Rang Undang-Undang, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, soalan dan jawapan kepada soalan – soalaN diedarkan kepada pegawai yang ditempatkan di Ibu Pejabat manakala pegawai yang tidak ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara, boleh mendapatkannya dari Bahagian Gubalan.
(**) Pegawai Bertugas hendaklah menghubungi dan memperkenalkan diri kepada Pegawai Undang-Undang Parlimen sebelum atau pada hari bertugas dan menentukan tempat duduk di Parlimen supaya senang untuk berurusan. |
| |
II. PERTUKARAN HARI BERTUGAS |
| (1) |
Mana-mana pegawai yang telah ditetapkan supaya bertugas pada hari yang tertentu tetapi tidak dapat berbuat demikian, boleh bertukar hari bertugas hanya atas sesuatu sebab yang munasabah dan pertukaran itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh berkenaan. Surat pemberitahuan pertukaran hari bertugas hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua pegawai yang terlibat. |
| (2) |
Pegawai Bertugas dari Bahagian Gubalan yang hendak bertukar hari bertugas dengan pegawai dari Bahagian Gubalan juga, hendaklah memaklumkan kepada Pembantu Khas kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen dan Puan Noorazlina binti Mohd Nasir, Pembantu Undang-Undang (Parlimen). |
| (3) |
Borang pertukaran tarikh bertugas di Parlimen boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Peguam Negara, Bahagian Gubalan di www.agc.gov.my. |
| (1) |
Semasa menghadiri persidangan Parlimen, Pegawai Bertugas dikehendaki membawa pas jabatan masing-masing dan menyerahkannya kepada pengawal. |
| (2) |
Pegawai dari kementerian/jabatan yang tidak mempunyai pas jabatan boleh memohon surat kebenaran menghadiri persidangan Parlimen daripada Puan Noorazlina binti Mohd Nasir, Pembantu Undang-Undang (Parlimen). |
| (1) |
Kod pakaian yang berikut hendaklah dipatuhi:
Pegawai lelaki:
Pegawai wanita:
- pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Jika pakaian merupakan skirt, labuhnya hendaklah melampaui lutut.
Peringatan:
Jika kod pakaian ini tidak dipatuhi tuan/puan mungkin tidak dibenarkan masuk ke Dewan. |
| |
Sekiranya timbul apa-apa kesulitan semasa bertugas, Pegawai Bertugas boleh menghubungi: |
| (1) |
Head of Unit I
Encik Bhupindar Singh a/l Gurcharan Singh Preet
03-88855093 (direct)
03-88855117 (P.A.)
012-3077113 (H/P) |
|
| (2) |
Head of Unit II
Puan Sarojini a/p Kandasamy
03-88855251 (direct)
03-88855115 (P.A.)
012-3708057 (H/P) |
|
| (3) |
Head of Unit III
Puan Rozita binti Ramli
03-88855086 (direct)
03-88855116 (P.A.) |
|
| (4) |
Head of Unit IV
Encik Shamsulbahri bin Haji Ibrahim
03-88855227 (direct)
03-88855015 (P.A.)
019-2823235 (H/P) |
|
| (5) |
Head of Unit V
Puan Ruzaina binti Wan Haniff
03-88855082 (direct)
03-88885118 (P.A.) |
|
| (6) |
Head of Unit VI
Encik Mohd Azhar bin Mohd Yusoff
03-88855087 (direct)
03-88885045 (P.A.) |
| |
Nota :
Buku “Panduan Bertugas Di Parlimen” boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Peguam Negara, Bahagian Gubalan di www.agc.gov.my. |
| |
|
|