|
|
|
 |
|
PIAGAM PELANGGAN |
|
Kami beriltizam untuk memberi nasihat undang-undang yang bermutu menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.
|
Ketua Bahagian : Datuk Hanipah binti Farikullah |
| |
Bahagian ini dahulunya sebahagian daripada Bahagian Penasihat dan Antarabangsa.
Berikutan penyusunan semula Jabatan ini, maka pada 1 Jun 2003, Bahagian Penasihat & Antarabangsa telah
berpecah dua menjadi Bahagian Penasihat dan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa |
| |
|
- Menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.
|
|
| |
|
-
Menjadi Bahagian yang-
- diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
- mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.
|
| |
|
- Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kerajaan dalam masa yang ditetapkan.
|
| |
|
Seksyen Munisipal
- Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
- Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
- Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
- Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan ICT.
- Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan, dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang, kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
- Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.
Seksyen Syariah
- Memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam berkenaan dengan perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Kerajaan.
- Memberi ulasan dari perspektif undang-undang Islam kepada dokumen undang-undang seperti konvensyen, perjanjian muamalat dan perundangan yang dicadangkan yang dirujukkan kepadanya oleh Kerajaan.
- Menjalankan kajian terhadap undang-undang persekutuan untuk menentukan sama ada implementasi undang-undang tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang Islam dan jika perlu mencadangkan apa-apa pindaan atau pembaharuan kepada undang-undang sedemikian untuk menyelaraskannya dengan undang-undang Islam.
- Memberi bantuan dalam penyelidikan undang-undang mengenai undang-undang Islam, kepada Bahagian Sivil dan Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (termasuk Pendakwa Syarie di Negeri-Negeri).
- Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan, dan memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam kepada agensi Kerajaan.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai undang-undang Islam dengan memberikan kepakaran undang-undang, kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
- Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.
- Memberi nasihat perundangan serta membuat penyelidikan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam.
|
| |
| |
| |
|
|
|