Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
 
  Bahagian Penasihat
  • Carta Organisasi
  • Senarai Unit
  • Bidang Tugas Unit-Unit
  • Direktori
  • Senarai Ketua Bahagian Penasihat
  • Senarai Arahan Ketua Bahagian
  • Aktiviti
  • Senarai Pejabat PUU di Kementerian/Jabatan/Agensi
       
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Penasihat
     

    BIDANG TUGAS UNIT-UNIT

     
    A. Seksyen Munisipal

    Unit 1- Unit Hal Ehwal Perlembagaan dan Undang-Undang

    • Memberikan nasihat/pandangan undang-undang kepada Kementerian, jabatan Kerajaan dan pelbagai agensi Kerajaan mengenai perkara yang, antara lain, berhubungan dengan Perlembagaan Persekutuan, Kabinet, Parlimen, pilihan raya, undang-undang tanah, kerajaan tempatan, undang-undang pentadbiran, perkhidmatan awam dan pelbagai persoalan mengenai pentafsiran undang-undang seperti hal yang berhubungan dengan keselamatan dan kewangan.

    • Memberikan nasihat perundangan kepada Kementerian, jabatan Kerajaan lain dan pelbagai agensi Kerajaan berhubung dengan isu undang-undang dalam penyediaan rang undang-undang dan perundangan subsidiari serta penyemakan dan penggubalan pelbagai jenis perjanjian.

    • Memberikan pandangan dan input untuk pelbagai forum seperti Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, Mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Perkhidmatan, Majlis Tanah Negara, Majlis Raja-Raja, Majlis Pendidikan Tinggi Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Fizikal Kebangsaan dan Jawatankuasa Kerja Tanah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

    • Mewakili Jabatan Peguam Negara dalam Lembaga Tatatertib bagi jabatan Kerajaan yang tertentu.

    Unit 2- Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    • Memberikan  nasihat/ pandangan  undang-undang  bagi projek–projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) termasuk isu-isu yang berbangkit daripada pelaksanaan projek semasa dan pasca pelaksanaan.

    • Terlibat dalam menyemak dan menggubal perjanjian bagi projek-projek ICT yang akan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan seperti e-KL dan e-Khidmat.

    • Terlibat dalam perundingan mengenai projek ICT yang diuruskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU).

    • Memberikan nasihat/pandangan undang-undang kepada Kementerian, jabatan Kerajaan dan pelbagai agensi Kerajaan mengenai isu-isu semasa dalam hal yang berhubungan dengan undang-undang siber dan ICT, contohnya mengenai laman web dan “blog” yang melanggar undang-undang negara.

    • Mewakili Jabatan Peguam Negara dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan bagi projek elektronik, jawatankuasa penasihat kebangsaan, apa-apa jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk membincangkan penggubalan undang-undang siber dan juga bengkel antarabangsa yang melibatkan ICT dan undang-undang siber.

    Unit 3- Unit Penswastaan

    • Terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek-projek penswastaan.

    • Mewakili Jabatan Peguam Negara dalam Jawatankuasa Penswastaan yang ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa projek penswastaan yang dicadangkan boleh dilaksanakan oleh Kerajaan mengikut undang-undang.

    • Terlibat secara aktif dalam urusan perundingan sesuatu perjanjian penswastaan dengan syarikat konsesi dalam memastikan bahawa terma-terma perjanjian penswastaan adalah teratur dan melindungi kepentingan Kerajaan dan kepentingan awam.

    • Memberikan nasihat undang-undang mengenai berbagai-bagai isu   yang  berbangkit   daripada    pasca   penswastaan  projek-projek.

     

    B. Seksyen Syariah

    Unit 1- Unit Interaksi Antara Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Sivil

    • Unit ini bertanggungjawab bagi perkara-perkara ini-

      • Isu-isu Perlembagaan tentang Islam dan Syariah;
      • Interaksi antara Undang-Undang Syariah dan Sivil;dan
      • Pengharmonian Undang-Undang Syariah dan Sivil

    • Menghadiri mesyuarat, perbincangan, perundingan tentang perkara undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran Islam
      .
    • Terlibat dalam penyediaan dan pengendalian kes-kes yang berhubungan dengan Syariah dan Islam.
    • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan pendapat dari perspektif Syariah tentang pentafsiran Perlembagaan Persekutuan yang berhubungan dengan pentadbiran Islam, perhubungan anatara Persekutuan dengan Negeri, bidang kuasa mahkamah, konvensyen/triti antarabangsa dan konflik antara undang-undang sivil dengan Islam dengan tujuan untuk memberikan tafsiran yang harmoni dan menyelesaikan konflik undang-undang.

     Unit 2- Unit Pembangunan Undang-Undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah

    • Tugas utama Unit ini adalah untuk menasihati Kerajaan dari kaca mata Syariah tentang perkara yang berikut:
      • Undang-Undang Keluarga Islam;
      • Pentadbiran Agama Islam dan Sistem Kehakiman Syariah;
      • Konflik antara undang-undang/tatacara Syariah dengan Sivil dan Jenayah;
      • Prinsip-prinsip muamalat; dan
      • Konvensyen dan triti antarabangsa.

    • Menjalankan kajian dan penyelidikan tentang kemajuan pentadbiran Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah.

    • Menggubal dan memperkenalkan model undang-undang baru bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah.

    Unit 3- Unit Perbankan dan Kewangan Islam

    • Menjalankan kajian dan penyelidikan undang-undang  serta menyediakan pendapat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam dalam perkara yang berhubungan dengan muamalat, takaful, perbankan dan kewangan.

    • Mencadangkan apa-apa pindaan atau pembaharuan jika perlu kepada undang-undang supaya ia selaras dengan undang-undang Islam.

    • Menjalankan penyelidikan dalam bidang baru bagi bidang komersial yang berpotensi dalam amanah hibah dan pajakan gadai Islam (ar Rahn).

    • Memastikan bahawa perundangan yang sedia ada adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam untuk membolehkan aktiviti perniagaan mematuhi Hukum Syarak dan untuk menggalakkan perkhidmatan kewangan Islam yang dipelbagaikan. 

     

     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.