Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
   
  Bahagian Guaman
  • Carta Organisasi
  • Direktori
  • Fungsi-Fungsi Unit Bahagian Guaman
  • Senarai Ketua Bahagian Guaman
  • Senarai Arahan Ketua Bahagian Guaman
  • Senarai Notari-Notari Awam
  • Senarai Pesuruhjaya Sumpah
  • Penghakiman Kes-kes Terkini dan Penghakiman Kes-kes Yang Belum Dilaporkan
  • Kes-kes Penghakiman Penghutang, Biasiswa Pelajaran dan Pinjaman Pelajaran
  • Senarai Kes-kes Civil JPN
  • Program Latihan
  • Laporan Tahunan
  • Aktiviti
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Guaman
    Fungsi-Fungsi Unit Bahagian Guaman
     

    Unit Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran

    Unit ini mengendalikan kesemua litigasi di mana isu-isu Perlembagaan ditimbulkan untuk pengisytiharan kehakiman. Sejak kebelakangan ini terdapat pertambahan di dalam litigasi berkaitan kebebasan asasi seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menyentuh isu berkaitan kebebasan beragama, kesamarataan, kebebasan berpersatuan dan juga kewarganegaraan. Unit ini juga mengendalikan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan badan pentadbiran seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

     

    Unit Kontrak Kerajaan dan Kecuaian Perubatan

    Kesemua litigasi mengenai kontrak-kontrak kerajaan yang tidak diteruskan dengan timbangtara adalah dikendalikan oleh unit ini. Kontrak-kontrak kerajaan yang melibatkan litigasi tidak terhad hanya kepada penjualan dan penghantaran barang tetapi sehinggalah kepada kontrak pembinaan dan IT yang kompleks yang melibatkan tuntutan jutaan ringgit. Pegawai-pegawai unit ini bukan sahaja bertindak sebagai Peguambela bagi kes sivil tetapi juga sebagai Penasihat Undang-undang dalam masalah kecuaian perubatan yang dibangkitkan oleh hospital kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

     

    Unit Tort dan Kewajipan Statutori

    Semua tuntutan tort selain daripada kecuaian perubatan adalah dikendalikan oleh unit ini. Ini juga termasuk tuntutan kes kemalangan, kes fitnah, kes pencerobohan tubuh badan dan lain-lain tuntutan kecederaan persendirian terhadap pihak-pihak berkuasa dan penjawat awam. Pelaksanaan atau keengganan untuk melaksanakan kewajipan yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang juga adalah di antara pelbagai tindakan yang dikendalikan oleh unit ini. Harta intelek iaitu bidang litigasi yang semakin berkembang, seperti mana tuntutan pencerobohan dan kacau ganggu, juga termasuk dalam tanggungjawab unit ini.

     
    Unit Pelaksanaan dan Penguatkuasaan

    Unit ini mengendalikan tindakan selepas penghakiman. Penghakiman yang diperolehi oleh pihak kerajaan perlu dikuatkuasakan sehingga selesai. Unit ini dipertanggungjawabkan bagi menguatkuasakan jumlah penghakiman melalui pelbagai tindakan penguatkuasaan. Unit ini juga menuntut kos-kos yang diberikan kepada kerajaan serta mengendalikan taksiran kos secara amnya.

     

    Unit Timbangtara dan Resolusi Alternatif Pertikaian (ADR)

    Unit ini mengendalikan tuntutan-tuntutan di mana pertikaian perlu diselesaikan melalui timbangtara. Kebanyakan tuntutan yang dikendalikan oleh unit ini adalah melibatkan kontrak-kontrak pembinaan yang membabitkan jumlah yang besar. Kadangkala, tuntutan juga mungkin melibatkan prosiding timbangtara antarabangsa.

    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.