PIAGAM PELANGGAN |
|
“Mengendalikan semua tindakan sivil yang dibawa oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia dan perkara-perkara lain yang kami telah dipertanggungjawabkan dengan cekap, tepat dan selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang negara”
|
Ketua Bahagian : Tuan Tun Abd Majid bin Tun Hamzah
|
| |
|
Semua tindakan sivil yang dibawa oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia dan perkara-perkara lain termasuk melantik Notari Awam, dan kemasukan biasa dan khas sebagai peguambela dan peguamcara dan berkaitan benefisiari awam, agama, sosial atau amanah kebajikan akan dikendalikan secara berkualiti selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dan sentiasa melindungi kepentingan Kerajaan dan awam.
|
| |
|
- Untuk melindungi kepentingan Kerajaan Malaysia dalam semua tindakan sivil.
- Untuk melindungi kepentingan awam.
- Untuk memastikan perlantikan-perlantikan notari awam yang kompeten.
- Untuk memastikan bahawa kualiti peguambela & peguamcara bertepatan dengan standard yang sedia ada.
- Untuk melindungi kepentingan benefisiari awam, agama, sosial atau amanah kebajikan.
|
|
| |
|
Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan dari Bahagian Guaman melaksanakan peranan dan tugas seperti berikut: |
- Mewakili Kerajaan Malaysia dalam semua tindakan sivil.
- Mewakili Peguam Negara dalam perkara-perkara mengenai kepentingan awam.
- Memproses permohonan perlantikan sebagai notari awam menurut Akta Notari Awam 1959 (Revised 1973).
- Mewakili Peguam Negara dalam petisyen kemasukan sebagai peguambela dan peguamcara menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976.
- Memproses permohonan untuk Sijil Kemasukan Khas dan Sijil Pembaharuan di bawah Bahagian IIA Akta Profesion Undang-Undang 1976.
- Mewakili Peguam Negara dalam kes-kes berkaitan orang awam, agama, sosial atau amanah kebajikan.
|
| |
| |
| |