PERKARA-PERKARA YANG MEMERLUKAN PERHATIAN.
- Tarikh tutup permohonan bagi setiap kursus PTK 3, 4, 5 & 6 ialah 4 minggu sebelum tarikh kursus bermula. Calon-calon digalakkan membuat permohonan lebih awal. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Tarikh tutup permohonan bagi peperiksaan TK1 dan TK 2 ialah sebulan sebelum tarikh peperiksaan. Calon-calon digalakkan membuat permohonan lebih awal. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon-calon bagi kursus PTK 3, 4, 5 & 6 yang layak dipertimbangkan mesti berada di gred yang disandang secara hakiki bagi kursus PTK berkenaan. Pemilihan calon adalah berasaskan kepada kekananan calon pada siri kursus yang berkenaan.
- Calon-calon peperiksaan TK 1 dan TK 2 Gred L41 yang layak dipertimbangkan hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan dan berada di gred yang disandang secara hakiki.
- Calon-calon kursus PTK 3, 4, 5 & 6 yang terpilih akan dimaklumkan mengenai tawaran menghadiri kursus PTK oleh ILKAP.
- Calon-calon peperiksaan TK 1 dan TK 2 Gred L41 yang ingin mengikuti kursus Persediaan Peperiksaan boleh memohon terus ke ILKAP.
- Calon-calon yang tidak memohon tidak akan dipanggil menghadiri kursus/peperiksaan PTK
CARA MEMOHON.
- Semua calon PTK 3, 4, 5 & 6 boleh memperolehi borang permohonan kursus JPN SSM PTK 2004 Pin. 1/05 (permohonan baru), JPN SSM PTK 2005 Ulg. (calon memperbaiki aras). Semua calon TK 1 dan TK 2 Gred L41 boleh memperolehi borang permohonan peperiksaan JPN SSM PTK01 Pin. 1.
- Semua borang permohonan ini boleh juga didapati secara on-line di alamat http://www.agc.gov.my. Calon-calon juga boleh memohon secara on-line di alamat yang sama.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :
Jabatan Peguam Negara
Bahagian Pengurusan (Unit Penilaian Kompetensi)
Aras 2, Blok C3, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62512 Putrajaya
No. Tel: 03-8885 5304/5369
No. Faks: 03-88889362
|